Latar Belakang

 
Pada bulan Disember 2020, pembangunan portal ini telah dilaksanakan dengan persetujuan mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Hajah Mariam binti Omar. Pembangunan portal ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) yang bertujuan untuk dijadikan satu platform utama untuk pengumpulan maklumat dan rujukan berkaitan inovasi.
 
Antara rasional pewujudan Portal Inovasi Perkhidmatan Awam adalah untuk:
  1. Meningkatkan kesedaran dan peluang kepada semua pihak untuk melaksanakan inovasi
  2. Memudahkan penghantaran projek-projek inovasi baharu
  3. Menggalakan setiap agensi untuk bersaing secara sihat dalam melaksanakan inovasi
  4. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri dengan projek-projek inovasi baharu
Sehingga pada masa ini, portal ini diteruskan penggunaannya sebagai platform inovasi perkhidmatan awam negeri secara meluas.