Objektif Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS)

 

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk:

 

  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi terhadap inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan serta telah berjaya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan;
 
  • Memprofil pelaksanaan inovasi dalam sektor awam Sabah bagi menggalakkan perkongsian maklumat melalui benchmarking; dan
 
  • Mencetuskan persaingan positif dalam carta kedudukan (ranking) dalam kalangan organisasi dalam penghasilan inovasi yang berpaksikan digitalisasi ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.