Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah Tahun 2021

 
Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Sabah 2021 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Majlis telah berlangsung di Dewan Bankuasi, Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu.
 
Turut hadir adalah YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
 
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mahu perkhidmatan awam negeri melonjakkan perubahan cara proses kerja, komunikasi berkualiti dan lebih bermotivasi untuk menaikkan imej kerajaan negeri.
Katanya, perkhidmatan awam juga perlu tampil dengan idea-idea lebih bernas dan berani, agresif membuat penambahbaikan demi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat kerajaan Sabah yang memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang ke negeri ini. "Kita mahu membawa lebih banyak pelabur datang dan memastikan urusan pelaburan itu dipermudahkan, sistem penyampaian perkhidmatan awam juga perlu dipertingkatkan.
 
"Langkah itu akan mendorong keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap prospek pertumbuhan, sekali gus dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negeri," katanya.
Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2021 dan melancarkan buku panduan Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, pihaknya turut berharap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan dapat berbincang secara aktif dan membuat kolaborasi strategik bagi menjadikan 2022 sebagai lonjakan perubahan di negeri ini. 
 
"Sabah mesti setanding atau menjadi contoh tauladan yang positif kepada perkhidmatan awam negeri lain. Semua ketua jabatan negeri atau Persekutuan mesti menjadi contoh utama dalam perubahan minda anggota perkhidmatan awam. 
 
"Ketua jabatan memainkan peranan yang amat signifikan dalam menerajui Hala Tuju Inovasi Agensi yang diterajui," jelasnya.
 
Menurutnya, kerajaan menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda utama dalam memperkasakan sektor awam Sabah. Katanya, perkhidmatan awam adalah tunjang pembangunan negeri dan menjadi penggerak utama dalam intipati pelan pembangunan Hala Tuju SMJ 2021-2025 melalui modal insan dan kesejahteraan rakyat.Beliau berkata, pelaksanaan program iSAS 2021 membudayakan inovasi iaitu menggunakan pendekatan secara hibrid iaitu kaedah bersemuka dan secara dalam talian dipraktikkan mengikut kesesuaian keadaan. 
 
"Selaras dengan inisiatif Hala Tuju SMJ, saya menyokong padu pelaksanaan program inovasi ini dengan harapan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam negeri dapat ditambah baik agar perkhidmatan terbaik dapat disampaikan dari semasa ke semasa dengan lebih pantas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
 
"Sekiranya kita leka, malas dan sukar untuk mengadaptasi perubahan ini, maka kitalah yang akan hanyut serta tertinggal di belakang dalam arus digitalisasi pada hari ini. 
 
"Sesungguhnya, dalam usaha membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam hari ini, penjawat awam perlu lebih peka dan responsif dengan keperluan rakyat," jelasnya. Hajiji berkata, tiada guna sekiranya idea berinovasi yang dicetuskan, tidak praktikal atau tidak selaras dengan kehendak sebenar pelanggan.
 
Menurutnya, harus diterima bahawa inovasi juga suatu anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara yang mampu berdaya saing sehingga di peringkat global.
 
"Sabah bukan lagi dalam era 1972, 1982 atau 1992, ayuh semua anggota perkhidmatan awam di Sabah, kita bangkit bersama dengan semangat 2022 untuk lebih berani ubah minda dan aktif untuk mencapai SMJ," katanya.Beliau juga berharap program inovasi ini dapat dikembangkan skopnya dengan mengadakan Konvensyen Inovasi Negeri Sabah dengan kerjasama dan penglibatan perkhidmatan awam negeri serta Persekutuan yang akan menjadi pemacu kejayaan sektor awam Sabah.
 
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
Anugerah Inovas...
 
Pemenang Bagi Kategori yang dipertandingkan adalah seperti yang berikut:
 

Anugerah Khas Ketua Menteri Tahun 2021

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga puluh ribu ringgit malaysia (RM30,000.00)
 
Tajuk Projek
Smart Fresh Water Generator
Agensi
Markas 5 Divisyen, Kem Lokawi

 

Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2021

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah lima ribu ringgit malaysia (RM5,000.00)
 
Tajuk Projek Sistem Peperiksaan Online (Esei)
Agensi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

 

Anugerah Khas Setiausaha Persekutuan Tahun 2021

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah lima ribu ringgit malaysia (RM5,000.00)
 
Tajuk Projek Smart Fresh Water Generator
Agensi Markas 5 Divisyen, Kem Lokawi

 

Senarai Pemenang dan Penerima Kategori Khusus Anugerah ISAS Tahun 2021 (Agensi Negeri)

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit malaysia (RM3,000.00)
 
Bil. Kategori Anugerah
Agensi
Produk Inovasi
01 Anugerah Inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik
Mohd Iqbal bin Abdul Sail
Majlis Daerah Keningau
inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik
02 Anugerah Inovasi Keselamatan Pejabat dan Pengurusan Rekod
Puan Fazidah Alias
Lembaga Bandaran Kudat
Notis Digital - Penghantaran Notis Melalui Aplikasi WhatsApp
03 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan Digital (Peluasan kepada Warga Kerja)
Puan Kamsiah Ibrahim
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Sistem Peperiksaan Online (Esei)
04 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan Digital (Peluasan kepada Masyarakat Awam)
Dr. Nasrulhakim Hj. Maidin
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
Platform Renjer Muda Taman-Taman Sabah
05 Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Encik Mohammad Rizal bin Socradji
Jabatan Perikanan Sabah
Meja Penjemuran Rumpai Laut
 

Senarai Pemenang dan Penerima Kategori Khusus Anugerah ISAS Tahun 2021 (Agensi Persekutuan)

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit malaysia (RM3,000.00)
 
Bil. Kategori Anugerah
Agensi
Produk Inovasi
01 Anugerah Inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik
Linda Dungkung
Kastam DiRaja Malaysia
Keceriaan Pejabat dan Kaunter Terbaik
02 Anugerah Inovasi Keselamatan Pejabat dan Pengurusan Rekod
Dr Fauziah Hanim binti Hashim
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
eKualiti-HWKKS
03 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan Digital (Peluasan kepada Warga Kerja)
Dg. Siti Norbaizora binti Othman
SMK Benoni
Sistem E-BENO (EOPS dan ESISPKO)
04 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan Digital (Peluasan kepada Masyarakat Awam)
Lt. Kol Ts. Dr. Mohd Ghazali bin Abdul Rahman
Markas Infantri Kelima Divisyen, Kem Lokawi Sabah
Noti-Fire Sensor Alert
05 Anugerah Inovasi Pendidikan (Sekolah)
Roini Hasliza binti Zakaria
SK Bandar Tawau II
SPACE ME
06 Anugerah Inovasi Pendidikan (Institut Pengajian Tinggi)
Kueh Boon Hee
Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Teknologi Malaysia Sabah
SEP Lestari UMS
07 Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Lt. Kol Ts. Dr. Mohd Ghazali bin Abdul Rahman
Markas Infantri Kelima Divisyen, Kem Lokawi Sabah
Smart Fresh Water Generator
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai Anugerah Inovasi Sektor Awam 2021.