Penyertaan Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) Tahun 2023, KINI DIBUKA

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Negeri sekali lagi bekerjasama menganjurkan program Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) 2023. Program yang telah diadakan sejak tahun 2019 ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi pembudayaan inovasi sektor awam Sabah sekaligus menjadi platform untuk mengiktiraf penghasilan inovasi dalam kalangan penjawat awam di Sabah.  

 

Pada tahun ini, kategori dalam Anugerah iSAS 2023 yang dipertandingkan adalah seperti senarai berikut:

 

1. Anugerah HBKIK (Bidang Inovasi Sosial) – Sub Bidang Kreatif (Persekutuan/ Negeri);

 

2. Anugerah HBKIK (Bidang Inovasi Sosial) – Sub Bidang Inovatif (Persekutuan/ Negeri);

 

3. Anugerah HBKIK (Bidang Penyampaian Perkhidmatan) – Sub Bidang Kreatif (Persekutuan/ Negeri); dan

 

4. Anugerah HBKIK (Bidang Penyampaian Perkhidmatan) – Sub Bidang Inovatif (Persekutuan/ Negeri).

 

*HBKIK – Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif

 

Para pemenang Johan bagi setiap Sub-kategori akan dinilai sekali lagi bagi tujuan penganugerahan khas iaitu Anugerah Khas Ketua Pengarah MAMPU (Kategori Persekutuan) serta Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri (Kategori Negeri). Kedua-dua penerima Anugerah Khas kategori Persekutuan dan Negeri ini selanjutnya akan melalui fasa penilaian akhir untuk merebut gelaran penyandang Anugerah Khas Ketua Menteri dengan hadiah wang ganjaran sebanyak RM30,000.00, Trofi dan Sijil Penyertaan.

 

Untuk keterangan lanjut, maklumat penuh boleh diperolehi di Laman iSAS 2023 melalui pautan berikut: https://sites.google.com/view/isas2023/utama

 

 

Tarikh buka penyertaan: 17 April 2023

 

Tarikh tutup penyertaan: 31 Mei 2023

 

DAFTAR SEKARANG!

 

Picture1 1

 

Picture2 1

 

Picture3

 

Picture4