MG Robotik

Pencipta: Lt. Kol Ts. Dr. Mohd Ghazali bin Abdul Rahman
Markas Infantri Kelima Divisyen, Kem Lokawi Sabah

MG Robotik 
Projek robotik ini dibangunkan oleh kumpulan jurutera daripda Kelab Inovasi 5 Divisyen dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth(HQE) Kota Kinabalu, Sabah. Robotik ini dinamakan MG Robotic bertujuan untuk mengurangkan pendedahan antara pesakit COVID 19 dan petugas kesihatan barisan hadapan di hospital QE. Disamping itu juga robotik ini menggantikan petugas mengedarkan sajian makanan bagi pesakit yang dikuaratin kategori satu dan dua (dikesan positif COVID 19 tetapi sihat atau bergejala ringan). Pada masa yang sama robotik ini juga boleh digunakan untuk menghantar makanan dan minuman kepada VIP di Kinabalu Cafe MK 5 Div dan juga pelanggan-pelanggan restoran di negeri Sabah. Robotik ini boleh digunakan untuk mengangkat cendera hati semasa majlis penyampaian hadiah kepada VVIP.