Maklumat mengenai pemilik produk inovasi atau reka cipta yang telah dihasilkan.
Maklumat pemilik inovasi atau reka cipta dikemukakan, disimpan dan diarkibkan di sistem ini untuk membolehkan mereka dihubungi sekiranya terdapat sebarang keperluan dan usaha untuk menghubungi mereka adalah diperlukan.
Maklumat mengenai produk inovasi atau rekacipta yang telah dilaksanakan oleh pencipta. Keterangan dan maklumat mengenai produk hendaklah dikemukakan dengan lengkap, tepat dan ringkas yang memudahkan audiens dan penilai untuk memahami objektif, fungsi dan tujuan produk ini dihasilkan. Disamping itu, pencipta inovasi ini hendaklah memberikan keterangan mengenai impak atau implikasi kebaikan hasil inovasi ini dilaksanakan.
Maklumat mengenai anugerah atau pengiktirafan yang telah diberikan kepada produk inovasi atau reka cipta ini. Penganugerahan bermaksud anugerah kemenangan atau mendapat anugerah khas sesuatu acara, tempat pertama, kedua, ketiga atau sagu hati dalam sesuatu pertandingan, kejohanan, peringkat negeri, peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa atau pada peringkat global.
Bahagian ini merupakan langkah terakhir untuk memastikan projek atau produk inovasi yang dikemukakan adalah merupakan hasil usaha dan idea anda sendiri. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) atau Kerajaan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab atas maklumat atau produk yang dikemukakan. Kerajaan Sabah dengan tegas tidak menyokong dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang individu atau perbuatan yang melanggar undang-undang berkaitan inovasi atau hak cipta.
Saya mengesahkan bahawa projek atau produk yang dikemukakan adalah hasil usaha dan idea saya atau organisasi ini dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau setimpal dengannya sekiranya didapati dan disabitkan bersalah kerana menyalurkan maklumat yang tidak benar.
Saya juga mengesahkan bahawa maklumat dan penyataan mengenai produk inovasi ini adalah hak milik saya atau organisasi saya sepenuhnya dan tidak berlanggaran atau menjadi kesalahan dengan mana-mana undang-undang hak cipta, paten, reka bentuk industri, cap dagangan atau sebarang reka bentuk yang telah didaftarkan oleh individu atau organisasi lain.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan terhadap projek atau produk inovasi ini, saya bersetuju dan dengan rela hati akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang berkaitan untuk memberi keterangan dan pembuktian yang lengkap mengenainya.