Maklumat Pemilik Inovasi

deklarasiMaklumat mengenai pemilik produk inovasi atau reka cipta yang telah dihasilkan.

Maklumat pemilik inovasi atau reka cipta dikemukakan, disimpan dan diarkibkan di sistem ini untuk membolehkan mereka dihubungi sekiranya terdapat sebarang keperluan dan usaha untuk menghubungi mereka adalah diperlukan.

 

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH
AFENDY SURAIP
Maklumat Produk Inovasi

deklarasiMaklumat mengenai produk inovasi atau rekacipta yang telah dilaksanakan oleh pencipta. Keterangan dan maklumat mengenai produk hendaklah dikemukakan dengan lengkap, tepat dan ringkas yang memudahkan audiens dan penilai untuk memahami objektif, fungsi dan tujuan produk ini dihasilkan. Disamping itu, pencipta inovasi ini hendaklah memberikan keterangan mengenai impak atau implikasi kebaikan hasil inovasi ini dilaksanakan.

 

2020
Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
PORTAL INFORMASI COVID-19 NEGERI SABAH
Projek ini bermula semasa usaha untuk memudahkan urusan pengendalian operasi pengurusan bencana COVID-19 pada bulan Mac 2020.

Portal ini dibangunkan untuk memudahkan petugas-petugas yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk merekodkan aduan dan jumlah kes jangkitan harian negeri Sabah.
Penggunaannya kemudiannya diperluaskan pada awal bulan Oktober 2020 sebagai portal informasi terbuka yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan informasi mengenai perkembangan harian COVID-19, repositori kenyataan media serta dashboard data yang sentiasa dikemaskini pada setiap hari berdasarkan data semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Portal ini boleh diakses melalui pelbagai peranti dan mengaplikasikan prinsip 5A iaitu ‘Accessible by Anyone at Any Time, Any Where, by Any Mobile Device' selaras dengan seruan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Laman informasi ini telah diangkat menjadi portal informasi rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah yang boleh diakses melalui pautan http://command.sabah.gov.my melalui pelbagai peranti.

Setiap hari, portal ini diakses oleh sekurang-kurangnya 35,000 pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 di Negeri Sabah.

Portal ini juga menjadi sumber rujukan oleh Portal CPRC Kebangsaan Malaysia, Portal Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai agensi media dalam dan luar negeri seperti Borneo Post, The Star, BERNAMA, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Astro Awani dan pelbagai lagi.
Pada masa ini, portal ini dilengkapi dengan dashboard jangkitan harian, analisis trend jangkitan, kes sembuh, kes kematian, pesakit dirawat, rawatan rapi, serta kapasiti dan penggunaan katil yang sentiasa dikemaskini secara harian. Disamping itu, statistik bantuan dan tracking kewangan juga turut tersedia. Portal ini juga turut menempatkan sistem dalaman seperti i-kehadiran, i-rekod laporan serta beberapa dashboard mengenai bilik operasi bencana.

Pada masa akan datang, sistem ini masih boleh dibangunkan dengan modul dan dashboard lain yang boleh dibangunkan dan ditambah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dan keperluan semasa pengurusan bencana COVID-19 di negeri Sabah.
  • Tidak Berdaftar
Anugerah dan Pengiktirafan

deklarasiMaklumat mengenai anugerah atau pengiktirafan yang telah diberikan kepada produk inovasi atau reka cipta ini. Penganugerahan bermaksud anugerah kemenangan atau mendapat anugerah khas sesuatu acara, tempat pertama, kedua, ketiga atau sagu hati dalam sesuatu pertandingan, kejohanan, peringkat negeri, peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa atau pada peringkat global.

 

 

Nama Anugerah atau Pengiktarafan Tarikh Anugerah Diterima
Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2020
15 Februari 2021