Saya mengesahkan bahawa projek atau produk yang dikemukakan adalah hasil usaha dan idea saya atau organisasi ini dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau setimpal dengannya sekiranya didapati dan disabitkan bersalah kerana menyalurkan maklumat yang tidak benar.
Saya juga mengesahkan bahawa maklumat dan penyataan mengenai produk inovasi ini adalah hak milik saya atau organisasi saya sepenuhnya dan tidak berlanggaran atau menjadi kesalahan dengan mana-mana undang-undang hak cipta, paten, reka bentuk industri, cap dagangan atau sebarang reka bentuk yang telah didaftarkan oleh individu atau organisasi lain.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau keraguan terhadap projek atau produk inovasi ini, saya bersetuju dan dengan rela hati akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang berkaitan untuk memberi keterangan dan pembuktian yang lengkap mengenainya.