Panduan dan Kriteria

Panduan kepada penyenaraian projek inovasi ke dalam Portal Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri

 vectorAsset 1

 

Syarat-Syarat Pendaftaran Produk

Jenis dan Kategori Produk Inovasi

Senarai Pegawai Penilai

 

 

 

 

 

Syarat-Syarat Pendaftaran Produk Inovasi

  1. Pendafaran e-inovasi adalah dibuka kepada semua Kementerian, Jabatan, Agensi dan Syarikat Berkait Kerajaan (GLC) Negeri Sabah.
  2. Projek yang dihasilkan adalah projek yang belum pernah dipersembahkan di dalam mana-mana peringkat Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam).
  3. Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaru dan terkini.
  4. Kategori produk inovasi adalah terbahagi kepada dua iaitu Inovasi Penciptaan dan Inovasi Penambahbaikan.
  5. Inovasi Penciptaan merujuk kepada Penciptaan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum dilaksanakan di Negeri mahupun peringkat Kebangsaan.
  6. Inovasi Penambahbaikan pula merujuk kepada penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada lebih berinovatif, berkualiti dan berdaya saing.

 [ Kembali ke atas ]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kategori Produk Inovasi

Terdapat dua kategori produk inovasi iaitu

Inovasi Sosial

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

 [ Kembali ke atas ]

 

 

 

 

 

 

Inovasi Sosial

  • Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh.
  • Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.

Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:

  1. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  2. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat.
  3. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi rnemastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka.

 [ Kembali ke atas ]

 

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

  1. Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatan kepuasan hati pelanggan.
  2. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat.

 

Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:

  1. Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
  2. Budaya Kerja
  3. Kewangan dan Aset
  4. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  5. Pengurusan Sumber Manusia
  6. Pengurusan Projek Pembangunan
  7. Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

 

Ciri-ciri utama inovasi penyampaian perkhidmatan adalah:

  1. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
  2. Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
  3. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
  4. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.

 [ Kembali ke atas ]

 

 

Pegawai Penilai

Portal Inovasi Perkhidmatan Awam

Berikut ialah pegawai penilai Portal Inovasi Perkhidmatan Awam (PIPA)

Zarina

 Puan Zarina Mustafa

Ketua Penolong Setiausaha (Korporat)

Tel: 088 369171 | Zarina.Mustafa[@]sabah.gov.my

Zarina

Encik Alffian Robert

Penolong Setiausaha (Korporat)

Tel: 088 369183 | Alffian.Robert[@]sabah.gov.my

 

 [ Kembali ke atas ]

Anda bersedia untuk menjadi penyumbang inovasi? Daftarkan produk inovasi anda sekarang.

Penghantaran produk inovasi adalah amat mudah iaitu secara atas talian. Apabila anda telah disahkan dan dihubungi oleh pegawai penilai, produk inovasi anda akan disenaraikan di PIPA.

Hantar Penyertaan Sekarang