Intro: Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Sabah 2020 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Majlis telah berlangsung di Aras 26, Blok A, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Sabah 2020 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Majlis telah berlangsung di Aras 26, Blok A, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Turut hadir adalah YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah dan YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dan Datuk Seri Dr Yusof Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Memetik ucapan YAB Ketua Menteri, penganjuran Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah bertepatan bagi menyungkil kreativiti para penjawat awam serta menjadi platform dalam menjana idea baharu yang bersesuaian dengan penyampaian perkhidmatan awam.

Galeri Anugerah ISAS Tahun 2020

Sebanyak 163 penyertaan dari Persekutuan dan Negeri yang telah menyertai Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah Tahun 2020. Sebanyak sepuluh (10) kategori yang dipertandingkan tahun ini iaitu Anugerah Inovasi Khas Ketua Menteri, Anugerah Inovasi Khas Setiausaha Kerajaan Negeri, Anugerah Inovasi Khas Setiausaha Persekutuan Sabah, Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan, Anugerah Inovasi ICT, Anugerah Inovasi Pendidikan, Anugerah Inovasi Keselamatan Fizikal Dan Dokumen, Anugerah Inovasi PBT, Anugerah Inovasi Keceriaan Pejabat dan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Selesai berucap, YAB Ketua Menteri kemudian melancarkan Portal Inovasi Perkhidmatan Awam dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi bagi Anugerah Khas Ketua Menteri, Anugerah Khas Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Kategori Anugerah Khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Sabah.

Pemenang Bagi Kategori yang dipertandingkan adalah seperti yang berikut:

 

Anugerah Khas Inovasi Ketua Menteri Tahun 2020

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga puluh ribu ringgit malaysia (RM30,000.00)

Tajuk Projek
Sabah Trace Contact Tracing
Agensi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

 

Anugerah Khas Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2020

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah lima ribu ringgit malaysia (RM5,000.00)

Tajuk Projek Portal Informasi COVID-19
Agensi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

 

Anugerah Khas Inovasi Setiausaha Persekutuan Tahun 2020

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah lima ribu ringgit malaysia (RM5,000.00)

Tajuk Projek Sistem Pengurusan Imej Radiologi
Agensi Kumpulan RATU - Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth

 

Senarai Pemenang dan Penerima Anugerah ISAS Tahun 2020 (Agensi Negeri)

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit malaysia (RM3,000.00)

Bil. Kategori Anugerah
Agensi
Produk Inovasi
01 Anugerah Inovasi Kewangan Perbadanan Pinjaman Sabah  
02 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan ICT (Pelanggan Dalaman) Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri  
03 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan ICT (Pelanggan Awam) Majlis Perbandaran Tawau  
04 Anugerah Inovasi Keselamatan Fizikal dan Pengurusan Rekod Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri  
05 Anugerah Keceriaan Pejabat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia  
06 Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Ranau  
07 Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Keningau  

 

Senarai Pemenang dan Penerima Anugerah ISAS Tahun 2020 (Agensi Persekutuan)

Pemenang bagi anugerah kategori ini menerima hadiah berupa sebuah trofi dan wang tunai berjumlah tiga ribu ringgit malaysia (RM3,000.00)

Bil. Kategori Anugerah
Agensi
Produk Inovasi
01 Anugerah Inovasi Kewangan

Kumpulan Momentum

Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 
02 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan ICT (Pelanggan Dalaman)

Kumpulan Ratu

Jabatan Radiologi, Hospital Queen Elizabeth

 
03 Anugerah Inovasi dan Pembudayaan ICT (Pelanggan Awam)

Kumpulan Fireaxe

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

 
04 Anugerah Inovasi Keselamatan Fizikal dan Pengurusan Rekod

Kumpulan Inno-spi

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
05 Anugerah Keceriaan Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Zon Sabah  
06 Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Kumpulan Mantul Innovation

Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

 
07 Anugerah Inovasi Pendidikan

Kumpulan PPST Stem Warrior

Pusat Persediaan Sains & Teknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai Anugerah Inovasi Sektor Awam 2020.